Tuesday, August 14, 2012

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA...

        Tetiba malam ni guwa nak story pasal kasih sayang.. ntah nape ntah.. mungkin akibat Nealoffa baru je tepon ajak kuar dating.. Oooppsss.. Ok itu ngarut..! hoho.. Yang pasti kalau betul, konpem Farid Kamil pun datang berguru dengan Guwa.. Kehkehkeh..! 

Guwa nak share satu kisah aku baca kat artikel mana ntah mungkin kat 'Nanyang Siang Pau' dan barangkali dari ruangan 'keluh-kesah bersama Kak Esah majalah UJANG..' hahaha... Nonsense.. 

Arakian kisah nya bermula, ada sorang chekgu yang sedang mengajar subjek sivik tentang kasih sayang di sebuah sekolah.

secara tetiba maka wujud la satu sesi dialog bersama jin eh bukan.. dialog bersama pelajar dan chekgu :

Pelajar : "..chekgu, macam mana kita nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang..? Macam mana nak bagi kasih sayang tuh berkekalan..?"

Chekgu : "..ok kamu ikut apa yang saya suruh, kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING chantek tanpa MENOLEH KE BELAKANG lagi walau sekali. Petik rumput yang PALING chantek dan bawa ke kelas. "

Apabila pelajar tuh pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Chekgu : ".. kenapa tiada rumput yang kamu bawa balik..?"

Pelajar : "..tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling chantek. Saya lihat banyak rumput yang chantek tapi chekgu kata petik yang paling chantek. Lalu saya pun terus berjalan ke depan untuk mencari yang paling chantek tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling chantek. Mungkin ada yang dibelakang adalah rumput yang paling chantek tapi tadi chekgu kata,  tak boleh menoleh ke belakang, jadi tiada lah rumput yang saya boleh petik.."

Chekgu : "..Haa... itulah jawapan nya.. Maknanya, bila kita sudah jumpa yang kita sayang, janganlah mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi sebab yang dah berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berlaku lagi dan menjadi pengajaran dalam hidup kita. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itu lah yang paling chantek dan terbaik untuk diri kita. Meskipun kalau nak diikutkan banyak lagi yang chantek dan baik macam rumput tadi.."

 Macam itulah lumrah hidup  kita, Manusia memang takkan pernah puas dengan  apa yang mereka ada.   tak pernah pun bersyukur dengan apa yang mereka ada,.. bila dah ada yang chantek dan baik, nak lagi cari yang lebih  chantek dan baik lagi... bersyukur lah dengan apa yang kita ada di depan mata kita,  itulah sesuatu yang paling chantek dan terbaek untuk kita sebenarnya..

P/s - Bagi guwa, jika kecantikan yang kau kejar, sememangnya kau takkan pernah puas dan takkan jumpa gadis yang paling cantik dalam dunia ni.. cukuplah sekadar memahami dan menerima diri aku seadanya, itu dah cukup bermakna buat diriku.. Salam AIDILFITRI 2012 dari Enchek Addam.. -ADIOS..

Tuesday, February 14, 2012

Jangan Tersentap..

      Ok, sejajar dengan perkembangan dunia IT, ICT, MSC dan termasuk la apa-apa jadah semua nye, aku tak mau ketinggalan untuk berkongsi idea2, pengalaman, cerita-cerita dan juga infotainment ala-ala tibi  RTM2 tuh.. penuh dengan infotainment kan..? haha.. aku nak korang take note yang mana infotainment yang baek wat tampal kat dinding bilik tidur korang yang penuh kaler-kaler, buat bekalan menempuh liku-liku hidup yang penuh dengan tipu daya ni. Kat dunia luar tuh ada pelbagai seribu satu cerita mungkin ada yang patut kita jadikan pedoman. Ok, itu inro dari aku sempena pembukaan blog ini.




PERHATIAN: ada part-part dalam blog ni yang mempergunakan tatabahasa yang agak tidak elok dah rosak senang citer bahasa pasar laa dan ada juga kata-kata yang mungkin tidak dapat diterima akal yang cetek. Akan tetapi keterbukaan minda dalam erti kata omputih "open minded" amat lah digalakkan untuk korang. So cakap awal-awal kat sini This blog may offend the easily offended.. Please be open minded ye. Hanya sekadar gurauan untuk menghiburkan hati.